Kebuasan yang Disorokkan oleh kerajaan Komunis China Penindasan umat Islam di Turkestan Timur

Spabila kita memperkatakan tentang ideologi-ideologi yang menyebarkan kesengsaraan di serata dunia, maka komunisme mendapat tempat paling atas. Dengan berdasarkan kepada idea-idea dua orang ahli falsafah Jerman, Karl Marx dan Friedrich Engels, sistem kepercayaan ini telah pun dilaksanakan oleh pemimpin-pemimpin yang kejam seperti Lenin, Stalin, dan Mao, dan seterusnya membawa kepada penyembelihan dan pembunuhan yang amat kejam sepanjang sejarah peradaban dunia.

Walaupun kita bersetuju bahawa rejim komunis telah tumbang dengan pecahnya Kesatuan Soviet, namun ideologi dan amalan komunisme sebenarnya masih terus wujud, sama ada secara terbuka mahupun sulit. Umat Islam Turki di Turkestan Timur masih terus berada di bawah penindasan Maoist Red China. Pencabulan hak asasi manusia di Turkestan Timur tidak boleh diabaikan sama sekali.